Kejohanan Tomoi Terbuka Negeri Kedah di Kubur Panjang


alhamdulillah pertama kali saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberi kelancaran pada kejohanan tomoi yang kelab kami anjurkan.. kejohanan yang pertama kali kelab tomoi raja lebah anjurkan mendapat sambutan hangat penonton dari negeri kedah terutama dari kawasan kubur panjang. ternyata sekali penonton yang datang pada kejohanan ini begitui ramai. kelab kami ingin memohan maaf atas kesilapan-kesilapan kecil yang kami lakukan dengan tidak sengaja. disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada petugas-petugas, ahli-ahli kelab serta semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini. di sini juga saya berharap kepada mana-mana syarikat-syarikat besar yang sudi untuk menaja kejohanan tomoi agar kejohanan seperti ini diadakan setiap bulan. sekian dari saya majulah sukan untuk negara.






Seni Tomoi merupakan sebuah seni mempertahankan diri yang diperkenalkan oleh orang-orang Siam dan Patani yang memasuki dan menetap di Tanah Melayu  pada awal tahun 1920-an lagi. Latihan yang lasak dan mencabar diminati oleh sebahagian dari orang Melayu pada waktu itu. Justeru ia menjadi warisan kepada generasi kini. Walaupun ada di kalangan orang Siam yang mempelajari dan mengembangkannya di kalangan orang Siam sahaja namun terdapat juga di kalangan orang Melayu yang mempelajarinya daripada guru-guru tomoi berbangsa Siam di negeri Thailand. Mereka pula mengembangkannya di negeri Kedah. Kebanyakan  guru seni tomoi bernaung di bawah Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah Darul Aman ( PSSMNK ).

 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates