Seni Tomoi merupakan sebuah seni mempertahankan diri yang diperkenalkan oleh orang-orang Siam dan Patani yang memasuki dan menetap di Tanah Melayu  pada awal tahun 1920-an lagi. Latihan yang lasak dan mencabar diminati oleh sebahagian dari orang Melayu pada waktu itu. Justeru ia menjadi warisan kepada generasi kini. Walaupun ada di kalangan orang Siam yang mempelajari dan mengembangkannya di kalangan orang Siam sahaja namun terdapat juga di kalangan orang Melayu yang mempelajarinya daripada guru-guru tomoi berbangsa Siam di negeri Thailand. Mereka pula mengembangkannya di negeri Kedah. Kebanyakan  guru seni tomoi bernaung di bawah Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah Darul Aman ( PSSMNK ).

0 comments:

Post a Comment

 
Free Website templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates